Welcome to Semukhsin website
SELAMAT MENGUNJUNGI LAMAN WEB SURAU AL-ULUM, KOTA DAMANSARA

Menu Pilihan
Kata Aluan Pengerusi
Ahli Jawatankuasa
Sejarah Surau Al-Ulum
Aktiviti Surau Al-Ulum
Catatan Kuliah
Buletin SINAR Alum
Lokasi Surau Al-Ulum
Hubungi Kami
Buku Tetamu Al-Ulum
Kembali ke Laman Utama
 
 
M1
M2
 

KATA ALUAN PENGERUSI SURAU AL-ULUM

PENGERUSI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pengujung laman web ini khususnya seluruh penduduk-penduduk Islam di Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian.

Terlebih dahulu saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Surau Al-Ulum KD9, telah mempunyai laman web untuk dilawati oleh ahli-ahli kariah bagi mengetahui aktiviti surau, maklumat barisan AJK, program bulanan, gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan dan juga beberapa maklumat yang boleh dimanafaatkan melalui ‘link’ ke laman web yang berkenaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melawat laman web surau ini.

Dengan adanya laman web ini, Surau Al-Ulum telah mengorak langkah setapak lagi di dalam menyebarkan maklumat dan berita berkenaan segala aktiviti surau yang telah dan akan dijalankan, di samping pengedaran buletin bulanan kepada ahli kariah. Segala cadangan yang baik  berkenaan aktiviti surau bolehlah dikirimkan melalui e-mail di laman web ini supaya ianya dapat dikaji oleh AJK. Pandangan dan sumbangan tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan surau kita bersama.  Segala kekurangan di dalam laman web ini saya ingin memohon ampun dan maaf dan Insya’ Allah akan perbaiki kandungannya dari masa kesemasa. Ucapan terima kasih saya kepada sukarelawan dan AJK yang terlibat di dalam menjayakan laman web ini.

Bagi pihak semua ahli Jawatankuasa Surau Al-Ulum KD9 ini, kami menyedari bahawa kami bukanlah barisan yang terbaik untuk menjadi pentadbir yang sempurna.  Justeru dengan rendah hati di kesempatan ini, kami memohon kerjasama semua pihak agar terus membantu kami dalam semua aspek ke arah merealisasikan visi ‘Surau Terbaik’ yang mesra kepada semua golongan: dewasa, remaja dan kanak-kanak tanpa adanya sebarang garis pemisah.  Beberapa program jangka pendek dan jangka panjang sedang diaturkan demi mencapai maksud tersebut.  Sokongan yang ‘istiqamah’ dari semua amat diharapkan dalam memakmurkan surau kita. Maksud firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Hanyalah yang memakmurkan rumah-rumah Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah At- Taubah ayat 18.


Sekian, terima kasih dan wassalam.

Hj. Mohd. Ali Bin Mungai.
Pengerusi

[Kembali ke Atas]

 
    M3

 
 
 
e-Fatwa
Himpunan Fatwa Di
Seluruh Malaysi
Aduan Awam
Aduan Mengenai
Perkhidmatan JAKIM
e-Hadith
Koleksi Hadith
Harian JAKIM
Kemusykilan Agama
Rujukan & Pertanyaan Agama Kepada Panel Berwibawa.
Portal Halal
Rujukan Rasmi
Sijil Halal JAKIM.
Khutbah On-Line
Koleksi Khutbah Oleh JAKIM
Al-Quran
Rujukan Al-Quran dari Pimpinan Ar-Rahman
Mastika Hadith
Himpunan
 
   


2007 Hakcipta Terpelihara Surau Al-Ulum, Seksyen 9, Kota Damansara.

This site is optimized for FLASH 5  and IE 5.0 or above

Last Updated Wednesday, July 11, 2012 06:48:59 PM

Powered by : Bijak-IT Dot Com