JASAMU DIKENANG....BUDIMU DITATANG.... ... |
*********************************************************************
Sejak Surau Al-Ulum mula beroperasi pada 1 Ramadhan 1425H, pihak surau telah menerima berbagai bentuk sokongan, sumbangan kewangan, pengorbanan masa, tenaga dan kepakaran dari pelbagai pihak khususnya dari WARGA KOTA DAMANSARA SEKSYEN 9. Begitu juga dengan PENAJA-PENAJA program baik secara individu mahupun organisasi yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Surau Al-Ulum.
Pada ruang yang terhad ini, Pengerusi serta barisan pimpinan & jawatankuasa Surau Al-Ulum dengan rasa rendah diri ingin merakamkan ucapan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH di atas apa jua bentuk sumbangan dan sokongan yang Tuan-Tuan dan Puan -Puan telah berikan bagi mengimarahkan rumah Allah ini. Kami sentiasa mendoakan agar ALLAH membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik pembalasan di Dunia dan Akhirat.....Amin Ya Rabbal A'Lamin !
|